Kazekage Keempat Senarai_Kazekage

Kazekage Keempat juga bapa kepada Gaara

Kazekage Keempat (四代目風影, "Yondaime Kazekage") juga digelar "Bayang Angin Keempat" merupakan bekas Kazekage di Sunagakure. Dia merupakan suami kepada Karura dan juga bapa kepada Temari, Kankuro dan Gaara. Nama sebenarnya tidak diketahui.

  • Nama: Rasa
  • Umur: Tidak diketahui
  • Gelaran: Kazekage Keempat (四代目風影, "Yondaime Kazekage")
  • Status: Terbunuh (Dibunuh oleh Orochimaru)

Latar belakang

Melalui atahannya, Shukaku Berekor Satu telah disatukan dengan Gaara dengan tujuan untuk menjadikan Gaara senjata terhebat untuk kegunaan kuasa ketenteraan di Sunagakure. Namun begitu, apabila Gaara membesar dan kebolehannya mula terbentuk; Kazekage Keempat sedar ia merupakan pilihan yang tidak berbaloi dan menganggap ianya sebagai suatu eksperimen yang gagal. Berkemungkinan, perangai Gaara yang tidak stabil (kerana memiliki biju di dalam tubuhnya) boleh mengancam keselamatan penduduk di Sunagakure. Di beberapa ketika, dia pernah mengarahkan orang bawahannya untuk membunuh Gaara tetapi tidak berjaya.

Bahagian I - Babak Penaklukan Konoha

Apabila Orochimaru mengemukakan usul untuk bergabung untuk mengalahkan Konohagakure, Kazekage Keempat telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Sunagakure mengalami masalah kewangan setelah pemerintah di negara tersebut (seorang Daimyo) telah memotong pembiayaan ke kampung mereka. Kazekage Keempat beranggapan, dengan memusnahkan Konoha ini akan membantu mereka meningkatkan hasil kewangan dan dana mereka. Kazekage Keempat bercadang untuk mempergunakan Gaara (bertukar menjadi Shukaku) di tengah-tengah perkampungan Konoha untuk memusnahkannya dan mendapat kelebihan ketika peperangan bermula.

Bagaimanapun, Kazekage Keempat tidak sempat melihat ideanya berjaya kerana dia telah dibunuh oleh Orochimaru. Orochimaru kemudiannya menyamar sebagai Kazekage Keempat dan ini memudahkan Orochiamru mengawal penduduk di Sunagakure. Kemudiannya, tempat Kazekage Keempat telah digantikan oleh anaknya Gaara.